5 SEBAB KENAPA WANITA PERLU BERURUT
================================
.
Semakin meningkat usia, urat-urat badan sudah tidak aktif seperti usia muda.
.
Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan.
.
Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul.
================================
.
Semakin meningkat usia, urat-urat badan sudah tidak aktif seperti usia muda.
.
Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan.
.
Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul.
ANTARA KEBAIKAN BERURUT :
❤ Melancarkan perjalanan darah ❤️
Apabila seseorang wanita itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.
.
❤ Mencantikkan Kulit Tubuh dan Wajah ❤️
Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakan minyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan MINYAK SERAI.
Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang TOKSIN yang terperangkap di dalam kulit.
.
.
❤ Menenangkan Perasaan dan Mengurangkan Tekanan❤️
Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.
.
.
❤ Membuang Toksin ❤️
Urutan juga diyakini mampu mengeluarkan toksin yang berkumpul di bawah permukaan kulit.
.
.
❤ Membantu Mencantikkan Kulit Bahagian Luar ❤️
Jika suplemen yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan pula bertindak sebaliknya. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk berurut mampu menyihatkan kulit bahagian luar. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik...
Jom berurut!

No comments:
Post a Comment