Thursday 13 February 2020

TERSEPAK IBU JARI KAKI MASA DALAM PANTANG

*Sepatutnya dah publish entry ni last week, tapi ada technical problem dia tak terpublish. So layan je lah cerita minggu lepas ni ye*
Haaaaa... pernah tak anda semua dengar, perkara yg paling super duper pantang sekali among all the pantangs ialah :

Jangan tersepak ibu jari kaki!

Memang setiap kali beranak, or ada sedara mara yg beranak, asyik dengar pesanan ni jek lah. Berulang-ulang kali dipesan.

Kata orang tua-tua, kalau ibu jari kaki kita tu tersepak, nanti boleh jadik bentan. Bentan ni ada mcm2 jenis. Ada yg turun darah dgn banyak, ada yg demam tak kebah, ada yg terkancing gigi, ada yg badannya seram sejuk menggigil dan mcm2 lagilah.

Nak dijadikan cerita, kemarin masa tengah lintang pukang nak pi mandi, tetiba i tersepak ibu jari kaki ni kt pintu toilet! Waaahhhh sangat berdebar-debar lah masa tu. Sampaikan tgh mandi pun asyik baca doa dan selawat syifa' banyak2 mintak dijauhkan lah apa yg orang dok cakap2 tu.

Kebetulan pulak malam tu tetiba breast engorged, and very sore. Memula I try tuam dgn air panas. Tapi mcm tak berapa berkesan. Takpelah dalam sakit2 tu try tido. Tetiba masa tengah tido tu rasa badan mcm sejuk! Pastu rasa mcm nak demam. And mmg confirm demam. Pastu kan, urat2 kat leher dan sendi2 semua rasa sakit dan sengal sangat. Try bangun nak turun bawah makan panadol, tapi kaki pulak mcm cramp dan tapak kaki rasa sangat ngilu. Oh shit! Seriusly takut gile lah time ni. Tapi dalam hati still gak cakap "Aku demam sbb breast engorge ni... bukan bentan ni..." Punya nak mengkonfidenkan diri sendiri!

Beberapa jam lepas makan panadol rasa sikit lega. Tapi still demam. Dan urat2 masih sakit2 dan rasa ngilu. Sampai ke pagi, tido tak berapa nak lena. Bukan tak ngantuk, tapi takut. Bila Amet bangun nk gi keja, I told him that I demam (dgn muka penuh simpati mcm Garfield). Amet cakap "Ok, medical card dh dapat tu. Nanti ibu pi lah klinik". Huuuu huuuu~~~ begitulah ayat2 cinta dari suamiku. Pelamin anganku Harapanku musnah huu huu~~~

Bila hari dah siang, I tuam lebih kerap lagi. Dan makan panadol bila rasa terlalu sakit dan demam kuat. Sambil2 tu sapu minyak angin sana sini. Haaa... time mcm ni barulah teringat nak bertungku, berbarut segala bagai. Time ni jugaklah kelam kabut cari stokin yg dah hilang entah ke mana! Hahaha. Memang hari tu "berpantang" habis-habisan lah. Minum pun air panas mendidih jek sepanjang hari. Kipas pun tak nak kena sangat. (Kalau lah tok I tengok time ni, sure dia bangga dgn cucu dia nih huahuahua)

Alhamdulillah, petang tu bengkak dh surut dan demam pun makin kebah. Memang rasa lega sangat2 sebab tak ada benda yg lebih teruk berlaku. Tapi demam dan sakit urat tu mmg dah cukup menjadi pengajaran supaya I menjaga pantang dgn lebih sempurna lagi. Paling penting - PAKAI STOKIN! Jangan bagi masuk angin!

So, betul tak pantang-larang "Jangan tersepak ibu jari kaki" tu? Wallahualam... yg penting, badan orang lepas bersalin ni mmg lemah sikit, dan masih dalam tempoh pemulihan. so jaga lah elok2 diri masing2... jgn main hentam keromo mcm I ni jek hua hua hua...


p/s : Tulisan ini diambil dari blog personal saya 😊

PAKEJ URUT & BERTUNGKU MURAH!


5 SEBAB KENAPA WANITA PERLU BERURUT


5 SEBAB KENAPA WANITA PERLU BERURUT
================================
.
Semakin meningkat usia, urat-urat badan sudah tidak aktif seperti usia muda.
.
Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan.
.
Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul. 


ANTARA KEBAIKAN BERURUT :

 Melancarkan perjalanan darah ❤️
Apabila seseorang wanita itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.
.
 Mencantikkan Kulit Tubuh dan Wajah ❤️
Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakan minyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan MINYAK SERAI.
Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang TOKSIN yang terperangkap di dalam kulit.
.
 Menenangkan Perasaan dan Mengurangkan Tekanan❤️
Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.
.
 Membuang Toksin ❤️
Urutan juga diyakini mampu mengeluarkan toksin yang berkumpul di bawah permukaan kulit.
.
 Membantu Mencantikkan Kulit Bahagian Luar ❤️
Jika suplemen yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan pula bertindak sebaliknya. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk berurut mampu menyihatkan kulit bahagian luar. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik...


Jom berurut!

RAHSIA BADAN SEGAR LEPAS BERURUT



Aaahhhh... Leganya lepas dah berurut. ❤️

Kenapa ya selalu rasa macam tu?

Sebab... Bila badan kita diurut, semua urat-urat yakni saluran darah disentuh dan diransang. Sebab bila kita bekerja, atau bereh at terlalu lama, ada antara kita yg aliran darahnya menjadi kurang aktif, kurang lancar.

Setelah diurut, aliran darah kembali lancar dan oksigen dapat dibawa ke seluruh badan. Sebab tu lah kita rasa segar dan sihat 😍

Alhamdulillah!

Nak berurut? Klik je sini
https://uruttemurun.wasap.my

Wednesday 12 February 2020

PERLU KE MAKAN JAMU SELEPAS BERSALIN?

Assalamualaikum.

Nampak gayanya, saya dah mengabaikan blog ini sekali lagi. Huhuhu.... memang terlalu sibuk sangat2 dalam seminngu dua ni. Sebenarnya, saya ada projek terbaru.... iaitu bisnes kopi & teh yg saya beri nama KOPI KITA :)

Nanti lah saya ceritakan tentang Kopi Kita ye. Hari ni saya habiskan tulisan yg saya dh draft beberapa minggu yg lalu. Ya, ia tentang persoalan perlu atau tidak makan jamu selepas bersalin. Sebab saya selalu ditanya oleh rakan2 dan sedara mara, sama ada mereka perlu makan jamu atau tidak.

Kalau ikut jawapan mudah dari saya -->> Ikut suka hati kamu lah. Heheheehe...

Betul, ia memang terpulang pada setiap individu kan. Tapi saya terpanggil untuk cerita apakah sebab saya sendiri makan jamu setiap kali lepas bersalin. Dan maklumat2 ini adalah hasil pembelajaran saya dari mereka2 yg sudah terlalu pakar, yg sudah berpuluh tahun dengan amalan ini, dan kita sendiri dapat lihat hasilnya pada mereka. Dengan itu, saya yakin dan saya amalkan.

Kenapa nak makan jamu?
1. Dalam jamu a.k.a ubatan berasaskan herba terdapat herba2 pilihan yg asli, semulajadi dan tiada bahan aditif. Biasanya memang jamu tradisi macam ni. Tapi kalau yg dah diolah dalam bentuk moden sekarang, saya kurang pasti. Mungkin ada syarikat yg nk buatkan tempoh jamu tahan lebih lama maka mereka campurkan sedikit bahan aditif, itu wallahualam.... Saya cadangkan, ambillah jamu asli dari bidan2 kampung, atau dari jenama yg sudah terbukti ketulusan mereka dalam menyediakan ramuan.

2. Jamu mengandungi herba2 yg "panas". Badan wanita selepas bersalain memerlukan kehangatan supaya tidak mudah jatuh sakit, demam, sakit urat, darah tidak lancar dan sebagainya.

3. Jamu mengandungi herba2 yg berfungsi khas untuk rawatan rahim. Antaranya ialah mencuci sisa-sisa & saki baki darah kotor yg tidak habis keluar semasa bersalin. Dengan mengambil jamu, insya Allah darah2 ini dapat dikeluarkan secara semulajadi dan ibu akan berasa lebih sihat.

4. Jamu dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko uterus prolapsed a.k.a rahim jatuh. Ramai kisah yg saya dh dgr tentang rahim jatuh ni, dan ia adalah igauan ngeri bagi wanita...

5. Antara lain fungsi jamu ilah melancarkan perjalanan susu ibu. Ya, tidak dinafikan herba2 yg digunakan dalam kebanyakan jamu bersalin mmg berfungsi melancarkan susu ibu! Memang masih ramai yg tidak menyedari kelebihan ini, malah ada yg takut makan jamu sebab takut bayi jadi panas, atau sakit perut. Utk atasi masalah pada bayi, saya cadangkan cuba dulu ambi jamu pada dos rendah, kemudian buat permerhatian pada bayi. Jika najisnya ok, baby pun ok then bolehlah continue dgn dos yg dicadangkan.

6. Jamu memulihkan luka2 di dalam rahim yg kita tidak nampak, juga memulihkan luka2 jahitan pada faraj dengan lebih cepat. Kebanyakan luka2 selepas bersalin ni kita tak boleh nampak dengan mata kasar, padahal bahagian dalaman kita sedang merana kesakitan.... kasihanilah organ badan kita....

7. Jamu melancarkan peredaran darah, membuang angin, menghilangkan pening, memulihkan pandangan mata kabur selepas bersalin. Ya, ini pengalaman saya yg agak kronik. Selepas bersalin Amani (anak ke-4), mata saya memang teramat sangat kabur. Kalau tgok tv kena tgok betul2 depan tv dan dekat2. Gambar & tulisan mmg nampak blur sangat. Selepas mengadu pada bidan saya, dia nasihatkan saya jgn tinggalkan jamu, dan teruskan dgn pemakaian pilis pada ubun2 dan sekeliling mata. Alhamdulillah, selepas 2 bulan amalan tersebut, mata saya terus sihat sampaikan saya tidak perlu memakai spek lagi untuk memandu.

Buat masa ini, mungkin itu sahaja dulu yg mampu saya tuliskan dari pandangan dan pengalaman saya sendiri.... Ada banyak lagi khasiat jamu ni. Insya Allah, sama-samalah kita menjaga aset anugerah Allah untuk wanita yg tidak ternilai harganya ini....

Bagi kawan2 yg baru nak cuba amalan jamu ni, saya ucapkan good luck & jangan cilok makan jamu ya!

p/s : Tulisan ini diambil dari blog personal saya 😉